Saturday, November 22, 2008

Akibat Terlalu....



1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang.
Urat sekitar kaki menjadi kembang.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh!

6. Terlalu banyak ketawa /gembira - merosakkan usus.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk.

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda.

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

Thursday, November 20, 2008

Mukjizat di sebalik BISMILLAH


BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud: "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang."
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan
di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya. "

8 ) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran,
maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."

Monday, October 27, 2008

IKUTILAH CARA RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW melarang kita mencampurkan beberapa jenis makanan dalam satu hidangan.

1. SUSU DENGAN IKAN..better use santan
2. CUKA NGAN SUSU
3. FRUITS NGAN SUSU..forget those fruity yoghurts!
4. IKAN NGAN DAUN SALAD
5. BAWANG PUTIH NGAN BAWANG MERAH......jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh..bawang besar jika makan continuously for 40 days boleh menyebabkan bintik2 hitam di muka..ala2 severe pigmentations gitu..
6. DAGING SEGAR NGAN DAGING KERING..or fresh fish and dried/salted fish
7. BENDA MASAM eg lemon NGAN BENDA BERASID SEPERTI CUKA
8. BUAH DELIMA NGAN SERUNDING
9. CUKA NGAN NASI
10. TELUR NGAN IKAN

Semua ni kalau diamalkan selalu akan menambah risiko penyakit lumpuh/stroke.

Untuk mengembalikan tenaga, tidur sebentar sebelum zohor.

ELAKKAN MELAKUKAN PERKARA YANG BERIKUT

1. Mandi air suam lepas makan kerana ini adalah lebih bahaya drpd perkara2 di atas
2. Senaman sebelum makan
3 Bersenam atau berjalan lepas makan tengahari..jarakkan at least 1/2 an hour
4. Makan buah lepas makan kerana akan menyebabkan makanan lambat dihadam
5. Meninggalkan makan malam..sabda Rasulullah SAW..untuk awet muda makanlah walaupun sebiji tamar
6. Jangan duduk relax lepas dinner..kena bergerak at least 100 steps
7. Tidur selepas kenyang kerana akan menyebabkan sembelit.

CARA MAKAN RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW apabila makan akan menggaul makanannya dan meninggalkannya sebentar. Baginda kemudian mencelup jari kelingkingnya dalam garam serta menghisapnya sebelum dan selepas menjamah makanan. Kenapa garam? Selain dari sumber minerals, garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir serta gangguan makhluk halus.
Rasulullah mengunyah makanan baginda sebanyak 40kali sebelum menelannya.

CARA MINUM

Jangan minum berdiri walaupun perbuatan tu makruh kerana ia makruh yang menghampiri haram.

Juga dilarang minum dari bekas yang besar sambil bernafas kedalamnya kerana nafas kita CO2 bercampur air H2O akan menukarkan sifat air kepada H2CO3..dan menyebabkannya acidic.

Atas sebab yang sama juga dilarang meniup minuman yang panas.

Cara yang di sarankan oleh Rasulullah ialah minum air seteguk-teguk dan bernafas. Begitulah lebih kurang amalan Rasulullah yang diturunkan untuk iktibar..semoga memberi manafaat kepada kita semua.

Friday, October 24, 2008

Ekspresi Minda

if your brain works normally this is neat.
This is another example of an amazing illusion!!! The last sentence is so true.

If your eyes follow the movement of the rotating pink dot, the dots will remain only one color, pink.

However if you stare at the black “+ ” in the centre, the moving dot turns to green.
Now, concentrate on the black ” + ” in the centre of the picture. After a short period, all the pink dots will slowly disappear, and you will only see only a single green dot rotating.

It’s amazing how our brain works. There really is no green dot, and the pink ones really don’t disappear. This should be proof enough, we don’t always see what we think we see.

Sepahit Madu

Oleh `Izzat Anwari bin Hasni

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

"Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan
hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!" pekik Fatimah dengan
suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang
perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi
lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

"Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi
rupa-rupanya…" Fatimah mula sebak.

"Tak. Maksud saya…"

"Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!" potong Fatimah dengan kasar.

"Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup
melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?"
suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah' di sebalik Fatimah
yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung
labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya
apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih
hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

"Ada hikmah," bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap
Fatimah.

Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah
menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan
apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi
tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak
berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah
jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang
tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi
hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon
suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan
agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah
yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan
memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada
dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan
Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik
dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami
erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak
ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke
hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya
sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri
semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak
dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia
terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia
menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri â€" sama ada dia
menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri
dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri
sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri
perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah
pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang
dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia
meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat
terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat
baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan
yang pernah ditanya kepada Fatimah.

"Awak sudi jadi isteri kedua saya?" tanya Fikri tanpa segan silu.

"Sudi," jawab Nusaibah ringkas.

"Er, betul ke ni?" tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang
tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut
mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan
oleh Fikri.

"Kenapa saya?" tanya Fikri ingin tahu.

"Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak," jawab Nusaibah yakin
tetapi sedikit malu.

"Baiklah," jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam
gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa
dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya
disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu
mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa
Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar
berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia
yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan
gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang
menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

"Abang, saya nak tanya boleh?" sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu
dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

"Ye sayang?" jawab Fikri sambil memandu.

"Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang," luah
Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

"Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa," Fikri menoleh sedikit ke
arah Nusaibah, sambil tersenyum.

"Yeke? Dia datang program tu rupanya," jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri
dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri
kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding
dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak
hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

"Kita dah sampai," Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg
berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu
menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.

"Itu isteri pertama abang," Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

"Mana bang?" Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari
Fikri.

"Tak nampak pun," Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

"Siapa nama isteri pertama abang?" Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

"Perjuangan, " jawab Fikri.

Thursday, September 11, 2008

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.

Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu
menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.


Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin
dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang
beriman.


Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:

Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah,
Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"


1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).

2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:
"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".


4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.

5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.

12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan.

InsyaAllah Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.

Monday, September 1, 2008

Kerajaan Beri Percuma Elektrik

Salam buat semua..

Sedikit komentar tentang belanjawan negara antaranya ialah pemberian elektrik percuma bagi yang menggunakan elektrik dibawah paras RM20 ke bawah. Mengikut kata PM ini dijangka memberi manfaat kepada 1 juta penduduk di Malaysia ni, betul ke?

Aku yang tinggal berdua saja dalam sebuah rumah pun bil elektrik dah melebihi Rm90 ( itu hanya ada petiais,tv,lampu dan kipas, komputer la sekalisekala) apa tah lagi kalau penghuni yang isi rumah melebihi 5 orang aku rasa agak mustahil dalam pada masa tarif elektrik telah dinaikkan dan pendapat aku cerita disebalik elektrik percuma ini hanyalah suatu perkhabaran gembira namun realitinya adalah terlalu perit yang kita terpaksa hadapi entah sampai bila.

Aku rasa sekali lagi kita telah diperbodohkan...itu pendapat aku, dan apa pulak pendapat korang semua..?

Monday, August 25, 2008

Udang Goreng Asam Jawa (Assam Prawn)

salam buat semua,

hari ni aku telah mencuba satu resepi yang aku dapat dari seorang kawan( thanks to nor), sesuai sangat la resepi ini untuk di cuba apa lagi untuk hidangan di bulan puasa ni kerana cara memasaknya sungguh mudah

bahan-bahannya

udang sederhana besar
asam jawa
gula
garam
minyak untuk menggoreng

cara-caranya

mula-mula perapkan udang dengan asam jawa dan gula agak-agak sejam kalau suka boleh taruk cili ....sedikit aja kalau nak pedas-pedas sket, apabila sudah sejam panaskan kuali dengan setengah cawan minyak (bergantung pada banyaknya udang) masukkan udang ketika minyak betul-betul tengah panas bila udang agak setengah masak tuang lagi sedikit air asam jawa dan jangan lupa taruk garam dan sedikit lagi gula , masak udang sampai agak kering kuahnya angkat dan sedia untuk dihidangkan..

hemmm yummm...yummm sedap rupanya..
selamat mencuba..

Tuesday, August 19, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK

SALAM RAMADHAN Al-KAREEM

“ Bulan Rahmat, Bulan Keampunan, Bulan Rezeki, Bulan Beramal “

” Wahai Orang-Orang yang beriman, telah difardhukan kepada kamu berpuasa seperti yang telah diperintahkan kepada umat terdahulu. Mudah-Mudahan kamu bertaqwa”




Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: * Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada); * Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri; * Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa....

Tiara Gathering (AXTAC) photos shot for GILA KERETA MAGAZINE.. on sunday 17/08/2008




Kontang Idea...



Sekali lagi blog aku ni bersawang malah dah serupa rumah tinggal,nasib baik tak ada yang menompang..huffff. Walaupun jarang mengupdate blog aku online juga berjalan-jalan menjenguk blog kawan-kawan dan membalas kunjungan mereka yang berkunjung ke blog aku, aku akui adakalanya kesibukan aku pada tahap yang melampau tetapi aku masih sempat juga bersentul-sentulan ngan kengkawan dalam shoutbox yang sentiasa buatku tersenyum dan gelak sendiri dan aku anggap ia sebagai satu terapi yang mengurangkan stress dan kadangkala menberikan aku avenue untuk merehatkan otak. Aku harap pasni aku akan dapat meneruskan continuity blog aku ni..kalau tak aku tutup kedai ajelah wakakaka..

Tuesday, July 1, 2008

Sape syg mak,mama,ibu,ummi,...(beginikah menilainya)




Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya..........

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis
ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh
si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.
Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah
Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Saturday, June 28, 2008

AAAaaaa cchooo....On Sick Leave



Sokseksoksek....aku pembawa virus!!!!...baik korang berhati-hati kalau datang menyinggahkan kat blog ni pasti korang akan terkena jangkitan selsema macam aku..

How do you get the flu?

Flu starts when an influenza virus enters your body through your nose and mouth, although the virus does not start an infection in everybody who is exposed to it. To make you ill, a virus needs to get into your respiratory tract (the passages from your nose and mouth into your lungs).
The virus can be spread by coughs and sneezes spraying droplets on to surfaces, especially in crowded, enclosed spaces. These viruses can survive outside the body for some time, especially in cold and dry weather. If you touch droplets containing a virus for a respiratory disease, and then touch your face near your nose or mouth, the virus can enter and move down your respiratory tract. This is the most common way to catch the flu.
It usually takes between one and four days for you to develop flu symptoms after the influenza virus enters your body through your nose or throat. You are infectious from the day before you develops symptoms until seven days after symptoms start.

Footnote:source from More on Health

Wednesday, June 25, 2008

Selangkah ke Arena Blogging




Your Blogging Type Is Thoughtful and Considerate



You're a well liked, though underrated, blogger.

You have a heart of gold, and are likely to blog for a cause.

You're a peaceful blogger - no drama for you!

A good listener and friend, you tend to leave thoughtful comments for others.






You Are a Social Blogger!



Your blog is more of a semi-private affair for your friends.

It's how you keep in touch... sharing stories, jokes, and pics.




Setelah terbaca sebuah entry yang menarik hasil penulisan seorang blogger blueberry tentang Mengapa Saya Berblogging maka aku pun terpanggil untuk menulis entry ini.
Aku masih baru dalam dunia blogging ini malah masih tercari-cari arah identiti penulisan aku sebab aku ni bukannya pandai sangat bab-bab penulisan tetapi apa yang dah dipostkan dalam blog ini adalah isu-isu semasa dan perjalanan kehidupan yang aku dah lalui untuk aku kongsi bersama pembaca semua dan aku cuba sebaik mungkin untuk mengentertainingkan gaya penulisan aku supaya pembaca tak keboringan dengan gaya aku sendiri.Berblogging juga dapat mereleasekan aku dari tekanan
dan bebanan yang aku hadapai...dalam ertikata aku bebas,bebas untuk menulis apa saja yang terlintas dalam kepada otak aku selagi ia nya tak terkeluar dari batas-batas susila

Akhirkata
"blog aku, sesuka hati aku la!"

Friday, June 13, 2008

Happy Fathers Day




To ayah we love u so much,
pengorbananmu tak terbalas
menjadikan kami insan yang
berguna....
Doa kepada Ilahi kami panjatkan
agar dirimu dirahmati dan dipanjangkan usia
agar dapat kami menabur bakti..

Monday, June 9, 2008

10 persen aje ke!!

Salam buat semua......

Belum pun reda dengan kenaikan harga beras dah naik pulak harga minyak petrol mendadak pulak tu sekali nah! ambik kau RM2.70 seliter..kalau naik dua tiga puluh sen tu boleh tahan la juga. Aku ni pegi keje nak moto kalau dulu full tank baru 6 hinggit sekarang ni dah lebih 10 hinggit. Bukan itu aje kalau korang selalu pegi shopping korang mesti perasan yang kebanyakan barangan sudah naik harga seperti milo,susu (nampak ketara sangat sebab yang tu le aku selalu beli).
AYAT POWER pemimpin kita dah menjanjikan harga barangan yang tak akan dinaikkan ekoran dari kenaikkan harga minyak, tetapi umum telah mengetahui bahawa minyak adalah sumber utama dan segali gus adalah penyebab harga barangan akan naik( nampak lagi kita ni dah diperbodohkan). Ekoran dari itu pelbagai penyelesaian telah diambil oleh pihak-pihak tertentu dalam menangani permasalahan ini dan salah satunya tadi aku dengar dalam berita Pak Lah umumkan elaun menteri dipotong 10%, wah! umpama seorang pendekar atau wira la kerana berjuang bersama rakyat...sanggup kena potong elaun.... ala 10% tak banyak mana la beb...bak kata pepatah orang putih nothing to loose, ternyata masih ada lagi kepentingan yang dijaga dan disimpan untuk orang-orang atasan ni terpikir ke dia orang semua akan sesusahan rakyat ambik peduli ke diaorang tu apakah kita terpaksa ubah cara hidup seperti yang disarankan atau pun pemimpin yang perlu di ubah....fikir-fikirkan lah sendiri sampai bila kita nak biarkan diri kita ni diperbodohkan ..

Thursday, June 5, 2008

Kenyataan Anwar Ibrahim Mengenai Kenaikan Harga Minyak

Rakyat pastinya dirundung kehidupan rumit. Bermula dari harga minyak, menjalar ke bil eletrik, tertekan parah dengan kos pengangkutan dan harga barang keperluan lainnya.

Arakian subsidi minyak dikurangkan, tetapi persoalannya keuntungan Petronas yang jenuh melimpah tertiris dan bocor ke mana? Tidak ada pertanggungjawaban waima kepada Parlimen sekalipun. Yang arif mengenai kedudukan kewangan Petronas hanya Perdana Menteri dan yang terserlah adalah Projek mega dan Koridor!

Rakyat bukan sahaja dinafikan maklumat malah limpahan dan habuan dari khazanah utama negara tidak dirasakan. Kemanfaatannya adalah buat keluarga dan kroni yang sekonyong-konyong dianugerah kontrak dan projek.

Inilah yang kami sering ungkapkan sebagai pengurusan ekonomi yang lembab dan tidak bertanggungjawab!
Amalan hidup pimpinan negara terus boros, pembaziran dan rasuah terus berleluasa.
Justeru itu kami membantah keras dasar Kerajaan Umno-BN yang mengabaikan tanggungjawab dan membebankan rakyat. Setelah gagal mengurus ekonomi dan menjamin keselesaan hidup rakyat, pimpinan Umno-BN seharusnya berundur!

Saya ulangi pendirian saya dan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak dan meletakkan asas ekonomi manusiawi. Dasar tersebut harus menjurus kapada pertumbuhan segar dan pantas, namun tetap prihatin terhadap kehidupan rakyat.

Wednesday, June 4, 2008

Higher fuel prices 2.70 per liter

Semalam kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak petrol yang diumumkan oleh Pak Lah
rata-rata rakyat malaysia punya pandangan dan pendapat sendiri tentang hal ini...
Jadi di sini aku sertakan perbandingan harga minyak negara kita dengan negara-negara lain dan kenaikan harga minyak dalam masa 16 tahun semenjak 1990 jadi korang fikir-fikirkan lah sendiri....

Harga minyak dibandingkan dengan negara lain..

UAE RM1.19/litre
Eygpt
RM1.03/litre
Bahrain
RM0.87/litre
Qatar
RM0.68/litre
Kuwait
RM0.67/litre
Saudi Arabia
RM0.38/litre
Iran
RM0.35/litre
Nigeria
RM0.32/litre
Turkmenistan
RM0.25/litre
Venezuela
RM0.16/litre
MALAYSIA RM2.70/litre



Harga minyak sepanjang zaman..
(dalam masa 16 tahun - sejak 1990)

sebelum 90 - RM 0.89
tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21)
01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10)
20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10)
01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02)
31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01)
01/03/2003 - RM 1.35 (kenaikan RM 0.02)
01/05/2004 - RM 1.37 (kenaikan RM 0.02)
01/10/2004 - RM 1.42 (kenaikan RM 0.05)
05/05/2005 - RM 1.52 (kenaikan RM 0.10)
31/07/2005 - RM 1..62 (kenaikan RM 0.10)
28/02/2006 - RM 1.92 (kenaikan RM 0.30)
05/08/2008 - RM 2.70 (kenaikan RM0.78 )

Nota : (ayat2 standard)

1. “Kenaikan minyak masih rendah berbanding mana2 pun negara ASEAN.”
2. “Kerajaan akan pastikan kenaikan tidak membebankan”
3. “Kerajaan tidak mampu lagi menampung subsidi.”
4. “Kerajaan memberi jaminan harga runcit petroleum tidak akan dinaikkan lagi pada TAHUN INI….”



Monday, June 2, 2008

MANDI sbg kesihatan..



KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:
Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.

Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:
Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi
dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:
Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:
Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.

Oleh itu janganlah kita memandang ringan tentang mandi dan kebersihan diri.

Eh! awak semua dah mandi ke?

Sunday, June 1, 2008

Resepi kek gula hangus





Kali ni aku nak bagi resepi kek gula hangus, aku terjumpa resepi ni dua tiga hari lepas semasa aku dok merayap dari satu site ke satu site (website le) jadi aku pun cuba try la, korang jangan tak tahu ini la dia hasil tangan aku ......selamat mencuba..

bahan-bahannya

2 cawan gula halus
2 cawan air
2 cawan tepung gandum
4 biji telur 2 sudu teh baking powder
3 sudu besar air panas (mendidih)
1 tin susu cair
250 gm mentega

Cara:
Panaskan gula halus hingga menjadi hangus.
Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih hingga 1/2 cawan.
Biarkan sejuk. Di dalam mangkuk, masukkan susu cair, tepung,
telur dan mentega hingga menjadi sebati dengan perlahan-lahan.
Masukkan baking powder dengan air panas.
Masukkan ke dalam acuan kek dan bakar di dalam kepanasan 180C
selama 40 minit dan tutup.

Friday, May 30, 2008

Rahsia Tauge‏

Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.

Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.

Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.

Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)

Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.

Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.

Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.

Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.

Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.

Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.




i m back..........


Hello semua i m back...dah tak busy lagi..

Monday, May 26, 2008

Busy..busy....aku terlalu busy....



Busy..busy...aku terlalu busy!!!!
ye! dah terlalu lama rasanya aku meninggalkan blog ni aku terlalu busy..busy...dengan rutin keje, urusan rumahtangga busy dengan jiran tetangga. Actualy banyak cerita yang aku nak share tapi oleh kerana terlalu busy jadi aku just keep in memori je, insyaalah jika ada kesempatan akan aku share dengan semua tapi buat masa ni aku terlalu busy...busy...

Monday, May 12, 2008

Tanda-tanda anda menghadapi masalah..... ......... ... MENTAL? (Syndromes Of Stress )

Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur..

Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala..

Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut masai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik....

Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan.

Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat......

Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat...

Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit.

Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan.

Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda...

Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung

Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat

Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit

Ketigabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing

Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas.

Kelimabelas dan akhir:

ANDA SENTIASA MERASA...... .. KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAKUT....... ..... SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM RUMAH....... ......... ......... .HE...HE. .....HE... ..

Thursday, May 1, 2008

Jangan bersedih




syukur alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk mengetuk-ngetuk keyboard dan mencorat-coretkan sesuatu ke dalam ruangan ni korang layan je le...,
Setiap pasangan yang telah berkahwin mesti meinginkan zuriat yang bakal menjadi penyambung ikatan kasihsayang mereka, (ade ke orang yang tak mau anak isk) dan setiap kelahiran akan menjadi begitu bermakna bagi seorang yang bakal bergelar ibu dan ayah (yang first time nak timang baby le).
Segala persiapan dan keperluan telah disediakan untuk menyambut lelahiran seorang bayi, bagi sang ibu sembilan bulan dalam kandungan terpaksa ditahan dengan pelbagai rasa dan emosi yang tak keruan ,namun sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi segala-galanya ditentukan Ilahi.
Begitulah kisahnya yang berlaku kepada 3 orang kengkawan aku, bayi mereka meninggal selepas kelahiran...Al-Fatihah...itulah janji Allah pada sikecil yang pasti syurgalah tempatnya bagi kita yang masih diberi kesempatan ini jangan lupa kita juga telah berjanji dan akan datang suatu hari janji itu juga akan ditunaikan.
Kepada kengkawan aku bersabarlah, aku tahu bertapa bermaknanya KEHADIRAN pertama itu buat kalian seperti juga aku yang saban hari menunggu tanpa jemu, Tuhan lebih tahu mungkin itu yang tebaik dan janganlah bersedih ....

Sunday, April 27, 2008

please let me know u'r in

Mizawina farewel dinner..


betui la kata min lepaih ni tak da lagi la org dok jerit nama kita kat coridor WD..hehehe....

Saturday, April 26, 2008

0 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."