Monday, June 9, 2008

10 persen aje ke!!

Salam buat semua......

Belum pun reda dengan kenaikan harga beras dah naik pulak harga minyak petrol mendadak pulak tu sekali nah! ambik kau RM2.70 seliter..kalau naik dua tiga puluh sen tu boleh tahan la juga. Aku ni pegi keje nak moto kalau dulu full tank baru 6 hinggit sekarang ni dah lebih 10 hinggit. Bukan itu aje kalau korang selalu pegi shopping korang mesti perasan yang kebanyakan barangan sudah naik harga seperti milo,susu (nampak ketara sangat sebab yang tu le aku selalu beli).
AYAT POWER pemimpin kita dah menjanjikan harga barangan yang tak akan dinaikkan ekoran dari kenaikkan harga minyak, tetapi umum telah mengetahui bahawa minyak adalah sumber utama dan segali gus adalah penyebab harga barangan akan naik( nampak lagi kita ni dah diperbodohkan). Ekoran dari itu pelbagai penyelesaian telah diambil oleh pihak-pihak tertentu dalam menangani permasalahan ini dan salah satunya tadi aku dengar dalam berita Pak Lah umumkan elaun menteri dipotong 10%, wah! umpama seorang pendekar atau wira la kerana berjuang bersama rakyat...sanggup kena potong elaun.... ala 10% tak banyak mana la beb...bak kata pepatah orang putih nothing to loose, ternyata masih ada lagi kepentingan yang dijaga dan disimpan untuk orang-orang atasan ni terpikir ke dia orang semua akan sesusahan rakyat ambik peduli ke diaorang tu apakah kita terpaksa ubah cara hidup seperti yang disarankan atau pun pemimpin yang perlu di ubah....fikir-fikirkan lah sendiri sampai bila kita nak biarkan diri kita ni diperbodohkan ..

9 comments:

chot said...

diorg ni baru tolak 10% pun kecoh..kalau berani 30% la mcm PKR..

King said...

Negeri beta x terlibat plak ngan isu minyak ni. masing2 ada baju "layang-layang" ngan "awan Kumus" cam dlm Dragon Ball tu..

Anyway,
sahabat2 beta d dunia sana semua dah naik basikal g keje. pelik gak pakai baju batik.. kayuh basikal...

suruh Pak Lah kalau.. mau tercirit gamaknyer.......

azlina's said...

hahahaa...geram2 betul aku ngan mamat tua bangan ni ..bila laa nak mampus....king.. nak pinjam la baju layang2 tu bleh ke?

King said...

ko pkai saiz apa?

sewa blh?
Kira hari.. sehari RM2.70..

ahaks..

azlina's said...

haha king ko ni diskaun la sket ni sana plak ngan rege minyak seliter...

menteil said...

arghh!!
aku tanak dengar dah apa2 alasan pon..
hampeh!!

azlina's said...

hahaha...menteil dah tahap maxima hahaha...

nazri said...

Hish tak baik tau korang kutuk pok loh gu tu.. dia baik tau. Tak caya, tengok dia jadi imam, dia tolong org melayu negri sembilan sorang jd kaya [bagi projek], dia tolong melayukan sorang cayanunalif, dia bagi rakyat RM600++ ngan 200++ sorang, dia potong 2 billion duit belanja menteri, dia tolong peniaga ngan benarkan barang naik harga, dia tolong syarikat bas naik kan tambang, dia tolong buat masjid besor yg tk leh guna kt terengganu, dia tolong DrM kuar umno, dia tolong pembangkang menang pilihanraya, dia tolong merudumkan ekonomi malaysia.. ada banyak lagi lah.. kan ker baik tuh.. amacam?

azlina's said...

erk! nazri.....