Tanggal 22hb mei 2012 aku telah dikurniakan seorang cahaya mata yg selama ini ku tunggu dalam usiaku yang menjangkau 40an dan disini juga bermulanya perjalanan kehidupanku sebagai seorang yang bergelar ibu yang bakal mendidik puteriku menjadi anak yang berguna kepada mama dan abah, kepada masyarakat, kepada ugama insyaallah..Alya Batrisya mama berdoa semoga kau menjadi anak yang solehah..amin
Mama macam tak percaya akan kehadiranmu yang pasti mama bersyukur sangat kerana doa mama selama ini dikabulkanNya walau pun agak lama..hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..
No comments:
Post a Comment