Thursday, May 1, 2008

Jangan bersedih




syukur alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk mengetuk-ngetuk keyboard dan mencorat-coretkan sesuatu ke dalam ruangan ni korang layan je le...,
Setiap pasangan yang telah berkahwin mesti meinginkan zuriat yang bakal menjadi penyambung ikatan kasihsayang mereka, (ade ke orang yang tak mau anak isk) dan setiap kelahiran akan menjadi begitu bermakna bagi seorang yang bakal bergelar ibu dan ayah (yang first time nak timang baby le).
Segala persiapan dan keperluan telah disediakan untuk menyambut lelahiran seorang bayi, bagi sang ibu sembilan bulan dalam kandungan terpaksa ditahan dengan pelbagai rasa dan emosi yang tak keruan ,namun sebagai manusia kita hanya mampu merancang tetapi segala-galanya ditentukan Ilahi.
Begitulah kisahnya yang berlaku kepada 3 orang kengkawan aku, bayi mereka meninggal selepas kelahiran...Al-Fatihah...itulah janji Allah pada sikecil yang pasti syurgalah tempatnya bagi kita yang masih diberi kesempatan ini jangan lupa kita juga telah berjanji dan akan datang suatu hari janji itu juga akan ditunaikan.
Kepada kengkawan aku bersabarlah, aku tahu bertapa bermaknanya KEHADIRAN pertama itu buat kalian seperti juga aku yang saban hari menunggu tanpa jemu, Tuhan lebih tahu mungkin itu yang tebaik dan janganlah bersedih ....

2 comments:

KeL@T said...

takziah utk mereka2 itu... 3 rakan2 kelat jugak telah selamat mlahirkan anak mereka masing2... dua org pempuan dan sowang lelaki... huhuhu...

nanonano said...

simpatinya..
:(
harap mereka tabah kan..