Friday, August 27, 2010

Berdoa

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir." (HR Bukhari)

"Doa yang tidak ditolak bagi orang berpuasa ialah ketika dia berbuka." (HR Ibn Majah)

Doa yang terbaik ialah istighfar (Doa mohon keampunan).

"Allahumma innaka ‘afuwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu ‘anna"

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan suka memaafkan, maka maafkanlah kami.

Nuzul al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.

Firman Allah: Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya: ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Oleh; Dr. Samsu Adabi Mamat

Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam

Universiti Kebangsaan Malaysia

Tuesday, August 24, 2010

Chrysanthemum Flower


Chinese tea terdiri daripada pelbagai jenis teh dan ianya adalah untuk pelbagai jenis kegunaan,
Chrysanthemum tea adalah sejenis teh daripada keluarganya yang biasa kita jumpa.

Dengan meminumnya bersama makanan yang kita makan akan membuatkan sistem penghadaman kita berfungsi dengan baik apa lagi tindakbalasnya terhadap makanan yang dimakan itu sekiranya dari jenis yang berminyak dan berlemak.

Chrysanthemum tea juga biasanya diminum bagi menolong menguatkan jantung dan bagi melegakan pening kepala, bunganya yang segar juga boleh digunakan bagi melegakan mata yang kering dan gatal.

Chrysanthemum flowers yang juga nama saintifiknya Chrysanthemum morifolii juga dikenali sebagai Ju Hua telah digunakan secara tradisional dalam perubatan cina berabad dahulu dan ianya juga telah ditemui dalam kebanyakkan formula perubatan purba. Ju Hua juga telah diklasifikasikan sebagai agen penyejuk yang mana bagus juga diminum sebagai penyejuk sistem dalaman badan .

Dan kajian juga telah menunjukkan Ju Hua amat berkesan bagi mereka yang mengidap darah tinggi.

Saturday, August 21, 2010

YANG AKAN MENGIRINGI KAABAH ialah....


Salah satu cerita menarik yang disampaikan oleh tok guru(Tuan Guru Haji Mohd Baqi Osman). iaitu berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya. Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang.

Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga. Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak.Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir.

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia.Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka.

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya.

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.... Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka.Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga....
Wallahu a'lam bis sawab....

Friday, August 20, 2010

Jiwang jap

Aku minta kepada Tuhan sEtangkai bunga segar, Dia beri kaktus berduri..Aku minta kupu-kupu, di beri ulat berbulu.aku meminta 1 hari yg indah,di beri hujan yg berpanjangan... Aku sedih dan kecewa..Namun kemudian, kaktUs itu berbunga, indah skali. Dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik...hujan berubah menjadi pelangi yang indah...Itulah jalan Tuhan, indah pada mAsanya.Tuhan tidak memberi apa yang kita hArapkan.TetApi Dia beri apa yang kita perlukan. Kadang-kadang kita sedih, kecewa dan terluka. Tetapi sebenarnya Dia telah mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita....

Thursday, August 19, 2010

Blog aku dah berkarat....

Lama aku tak update blog aku ni.
Nak tulis ape pon tak tau dah,
nak sambung cerita yg lepas pon dah malas dah.
Aku dah jadi kekok tak tahu nak masuk entry ape dah.
.................................
Jadi ... sempena kembalinya aku diarena blogging ini..hehehe..
izinkan aku memulakan entry yg pertama ...

Nenek pernah berkate:
"Perkara pertama yang tidak patut lelaki lakukan
adalah membuat perempuan menangis dan
perkara yang kedua adalah jangan membazir MAKANAN
."

hehehehe.....