My Journey.. My Path.. My Way.. My Life... The Memory.. The Road.. To keep in Mind...
Thursday, April 16, 2015
Assalamualaikum....
well... mmg dah bersawang tp Alhamdulillah masih tergantung di maya..
penat juga nak mencuci sawang ni...
Saturday, January 19, 2013
Perjalananku bermula disini...
Mama macam tak percaya akan kehadiranmu yang pasti mama bersyukur sangat kerana doa mama selama ini dikabulkanNya walau pun agak lama..hanya Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik buat hambanya..
Saturday, December 1, 2012
Friday, November 4, 2011
Petang yang rajin...
Kari ayam dan roti ala2 perancis gitu tapi kembang sket la rotinya, apa2 pun percubaan pertamaku suksess...
CRUSTY FRENCE LOAF
BAHAN2NYA
-1 CAWAN AIR SUAM
-2 SUDU BESAR PENUH MINYAK SAYUR/MINYAK MASAK
-1 SUDU KECIL GARAM HALUS
-3 CAWAN TEPUNG ROTI
-2 SUDU BESAR GULA PASIR
-1 PACKET DRY YEAST
TUK SAPUAN PADA ATAS ROTI
1 BIJI PITIH TELUR
1 SUDU BESAR AIR SEJUK
CARA2NYA
1. MASUKKAN SEMUA BAHAN MENGIKOT TURUTAN BAHAN2 DIATAS KEDALAM BM(BREADMAKER). ONKAN TUNGGU SIAP. SEMENTARA TU SAPUKAN SEDIKIT BUTTER SEKELILING MANGKUK.
DOH YG TELAH SIAP KLUARKAN DAN MASUKKAN KEDALAM MANGKUK TADI DAN GOLEK2 KAN SEKELILING MANGKUK. DIBIARKAN ½ JAM.
2 TAKDE BM TAKPE JGN GUSAR…KITA PAKAI TANGAN ULI LERR SAMPAI SEMUANYA MENJADI LEMBUT DAN ELASTIK. KEMUADIAN BIAR DIA NAIK 2 KALI GANDA. TUTUP DOH DENGAN TUALA BASAH ATAU GUNA PLASTIK CLING WRAP PUN BOLE.
3. DOH YG TELAH NAIK DI BAHAGI 2 DAN DIBENTUKKAN SEPERTI ROTI PERANCIS (FRENCE LOAF). AMBIL PISAU TAJAM BELAH2KAN BAHAGIAN ATAS ROTI SECARA MENGIRING. PERAP LAGI SELAMA 20-30 MINIT.
4. AKHIR SEKALI KOCOK PUTIH TELUR DENGAN AIR SEJUK DAN SAPUKAN DIATAS ROTI. BAKAR PADA SUHU 190C SELAMA 25 MINIT BERGANTUNG KEPADA OVEN MASING2. SIAP TUK DIHIDANG.
resepi from puteri manja...
Wednesday, September 14, 2011
Kek Oren Blended
Ini lah resepinya...
Bahan-bahan:
.• 1 biji buah oren
• 1 cawan minyak
• 2 cawan gula halus (saya letak 1 1/2 cwn jer)
• 4 biji telur (gred B)
• 2 cawan tepung gandum*
• 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara
- Cuci buah oren,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah oren kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
- Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
-Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
- Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Monday, September 12, 2011
Kek Love Wave (alunan kasih)
Bahan :
5 Biji Telur
1 ½ cawan Planta atau (250g) - Kak Nor dan Mas letak 250g butter
2 ½ cawan tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cawan gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
Sebuk koko (secukupnya)
Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
sediakan tapis teh yg halus..untuk ayak serbuk koko.
Cara :
Pukul planta@butter dan gula sampai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lagi sampai kembang
Masukan esen vanilla dan susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…